Penubuhan Pasukan penyiasat Runtuhan titian gantung Sungai Kampar

Pada 1 Disember 2009, Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang menyiasat kes jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan mendapati sebab utama keruntuhan adalah berpunca daripada kegagalan blok konkrit tambatan di "Pylon A" untuk menampung beban tambahan dari "back-stayed cable". Titian gantung yang dibina hasil sumbangan pihak swasta itu didapati tidak berasaskan kepada kod rekabentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mendapatkan pandangan dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Jabatan Peguam Negara dalam menentukan tindakan yang wajar diambil terhadap pihak berkenaan.[4]